Hari ni,hari perpisahan antara kitorang dengan kakak tercinta kami,k.teh...Hari ni,k.teh tak jaga kedai sebab nak packing barang la,jahit tudung la,tudung kitorang pun k.teh jahitkan.Dahlah jahit tangan.4 helai tudung pulak tu.terharu pulak.isk..isk..isk.Itu yang membuatkan kitorang lagi sedih bila k.teh nak balik Johor.Malam tu lepas kitorang balik jaga kedai,umi masak special..mee sup..sedap.
Dahlah banyak daging ngan cendawan.Malam tu siap bergurau lagi.Time tu umi cerita tentang seorang makcik yang duduk kat kampung sebelah.Dia tak pernah keluar bilik.Keluar rumah apatah lagi.Ish ish ish..So,semua kerja rumah dilakukan leh pembantu rumahnya.Beli barang dapur ke,layan tetamu ke,apa-apalah.Pastu umi pun hairan la..Takkan dia tak teringin nak bersantai kat luar rumah ke ape ke..Kitorang semua pun pelik la.Tiba-tiba saya teringat sebuah cerita.saya pun bercerita...
`Ada sepasang suami isteri ni,baru je pindah.Anak jiran baru mereka seorang yang tomboy(mestilah tak pakai tudung kan.Perangainya pun teruk.).Si isteri ni tak pernah keluar rumah.Sekali pun tak pernah.Pastu yang tomboy ni pun pelik la..Dia pun bertanya kepada si suami."Pakcik,mana isteri pakcik?Tak pernah nampak pun.Isteri pakcik sakit ke?"Si suami pun tersenyum.Dia menjemput si tomboy itu tadi datang kerumahnya jika ingin melihat isterinya.pada suatu hari,si tomboy itu pun datang la kerumah itu.Setelah menyoal selidik,rupa-rupanya si isteri tak keluar rumah sebab cantik sangat....'
Kah..kah..kah..Kitorang semua orang gelak.Yela..Mestilah kitorang akan fikir makcik yang umi cerita tadi cantik...Pastu abi pulak sambung cerita..
'Pada zaman dahulu,ada seorang raja ni.Baginda baru dapat seorang cahaya mata.Pastu baginda peliklah kenapa anaknya takde rambut dan tak boleh bercakap..PAstu raja itu pun mamanggillah bandaharanya dan dukunnya.Baginda bertitah,"Barangsiapa antara kalian tidak boleh membuat anak beta bercakap dan tumbuh rambutnya,maka akan beta pancung kepalanya.Tapi barangsiapa antara kalian boleh membuat anak beta bercakap dan tumbuh rambutnya,beta akan memberi ganjaran yang lumayan."Pastu si bendahara itu pun mengangkat sembah."Tuanku,patik boleh membuatkan anak tuanku bercakap dan tumbuh rambutnya.Tetapi,tuanku mestilah memberi tempoh kepada patik selama 3 tahun."Si raja itupun berfikir dan akhirnya bersetuju.Maka si bendahara itupun membawa si anak raja itu pulang kerumahnya dan dibela sehingga besar.Selepas 3 tahun,bendahara itupun membawa anak itu kepada si raja.Raja ini pun gembira melihat anaknya boleh bercakap dan tumbuh rambutnya.Maka dapatlah si bendahara itu hadiah yang cukup lumayan.Pastu abi tanya apa kesimpulan cerita tu..Kitorang pun blur blur..Abi pun cakaplah...Sebenarnya raja tu bodoh.Yela anak yang baru lahir mana tumbuh rambut lagi.apalagi bercakap.'
Lepas habis makan k.teh pun naik bilik nak sambung packing.Kitorang pun ikut.Malam tu lain daripada lain.Yela senyap je.Biasanya kitorang gurau sanalah,gurau sinilah,tup tup malam tu senyap je.Along tengok tv sorang sorang kat bawah.Abi ngan umi tidur dah.Mungkin penat sangat kot jaga kedai tadi.Sedih kot k.teh dah nak balik Johor.Yela umi sendiri yang cakap,bila k.teh balik,mesti bnyak perubahan yang berlaku kat rumah.Tengok,kitorang dah ada kolam ikan baru,buaian baru,kitorang buat BBQ la,kitorang buat blog baru la,and the last thing k.teh buat untuk kitorang is jahitkan tudung baru.Sape tak terharu.Jap jap nak nangis jap...
Ok,finish nangis dah.Chewah..takdelah tak nangis pun.Saja je wat gimik.Tiket k.teh pukul 11.15 p.m.K.teh pun salam la ngan kitorang.K.teh pesan belajar betul betul.Pastu k.teh salam ngan abi.Pastu salam ngan umi.Umi kata terima kasih sebab banyak menolong.Muka k.teh pun macam sedih je nak tinggalkan kitorang.Sebenarnya k.teh sepatutnya balik bulan 7.Pastu dapat mesej yang ,mengatakan k.teh kena balik awal sebab ada mesyuarat.k.teh kena balik 13 Jun.Tapi setelah berbincang ngan kitorang yang tak rela k.teh balik awal,akhirnya k.teh buat keputusan balik 15hb.Kira ok la tu.Abi ngan umi pun macam tak rela je lepaskan anaknya terlalu awal.Yela,k.teh kan banyak buat perubahan dalam keluarga.
Pastu kitorang ngan Along pun hantar k.teh kat stesen bas.Adik siap hantar k.teh masuk dalam bas lagi.Takdelah,adik nak tengok isi kandungan bas tu je.Canggih adik kata.Ada tempat duduk bayi lah,tempat kaki boleh tarik la,macam macam lah.K.teh dapat tempat duduk belakang sekali sebelah kanan.So kitorang pun boleh lambai kat k.teh.Kitorang pun tunggu k.teh bertolak.Sambil tu Along pun belanja kitorang cikedis(makanan ringan).Adik ambil Bytes(saiz besar).Saya ambil Kinder Bueno.Along ambil air soya.Semuanya RM 8.80.Wow!Hehehe..bila lagi Along nak belanja kitorang.
Pukul 11.30 baru bas tu bertolak.Kitorang pun semangat lambai kat k.teh.K.teh pun semangat lambai kat kitorang.Time tu hati dah sebak dah tapi tahan je.Waktu dalam van,Adik tanya Along,sempat tak kejar bas k.teh..Along pun kata,sempat sempat..Tup tup,berhampiran ngan simpang Botani,kitorang nampak bas k.teh..Along,cepat cepat!!Dan akhirnya,kitorang sempat lambai k.teh.
Nasib baik k.teh tak tidur lagi.Waaaa...sebak lagi time tu.Lepas habis lambai,dalam van semua orang senyap.Saya nampak Along sapu muka ngan tangan.Erm,tak tahulah sama ada muka Along sejuk ke(yela,air cond)atau pun sedang sebak jugak.Malam tu,terfikir la,yela,bila k.teh dah pergi,sekarang saya pulak jadi kakak kat rumah.So kena lah bertanggungjawab sikit.Ish,susahlah.Yela kan dah biasa jadi adik kepada 3 orang kakak.Jadi kakak pun kepada seorang adik je.Itupun macam bukan kakak je.2x5 je ngan adik.Waktu berfikir tu,tup tup tertidur.So sampai sekarang masih lagi berfikir.Kat asrama fikir je nak berubah jadi anak yang rajin menolong,tapi bila balik rumah,orang suruh tolong basuhkan pinggan pun lari.Macammana ni..
Tapikan nak tahu tak dalam banyak banyak kakak yang saya ada,kalau k.Maria pergi saya mesti nangis walaupun diam diam.Tapi kalau k.teh and k.lela,tak boleh nak nangis.Dah paksa dah.Just sebak je yang boleh dilakukan.Mungkin k.Maria cara dia lebih istimewa berbanding ngan kakak kakak yang lain.Yela,k.Maria kan sulung,so mesti dia tahu setiap perangai adik adiknya dan tahu cara cara nak menghadapi perangai kitorang.4 orang adik tu.Jangan main main.
Oklah,sampai disini saja.Anyway saya reka lagu ini(sebenarnya ciplak je tapi ubh sikit sikit)khas untuk 3 orang kakak saya yang banyak bagi kenangan pahit manis kat kitorang,adik-adik kalian yang nakal-nakal ni.
*Ku layarkan kerinduan dilautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
Masih segar diingatan saat mesra berputik,
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi.
Oh kakakku,
Kalian sesungguhnya,
kakakku,dikala suka dan lara,
Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman,
Bagaikan embun hilang di terbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.
Duhai kakak dengarkanlah bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin,
Terukanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir
Dan aku masih disini,
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku,
Dan aku terus menanti,
Saat yang manis akan berulang kembali.......