Sekarang milah n diyana dah jadi orang busy...Yela,pagi-pagi dah pergi kedai tolong abi ngan umi jaga kedai sampai maghrib...Penat.Tapi bila dah tahun baru,azam pun baru! Yea!Selamat tahun baru kepada semua umat islam di muka bumi ini.Kepada kakak kakak yang berada di utara(kedah),selatan(johor) dan bahagian barat(selangor)salam ma`al hijrah.Juga kepada rakan seperjuangan di SARJANA,salam rindu dilayangkan.
Setiap orang mesti ada kenangan pada hari-hari tertentu.AHA!Nak dengar cerita tak?Cerita ni boleh masuk tv tau dalam rancangan tv3 tu.Alkisahnye bermula begini.......
(ni semalam punya kejadian)Petang tu kitorang tutup kedai awal sikit sebab nak baca doa akhir dan awal tahun.Tapi hampeh,dah tutup awal pun baca doa akhir tahun dalam van jer.....itu pun kira sempat tau dengar kat radio ikim dot fm.pilihan utama anda...Cadangnya nak sambut kat surau Ulul Albab.Tapi kitorang dahlah pakai t-shirt,dengan tak bawak telekungnya.So,hanya abi jer yang gi surau.
(ni semalam punya kejadian)Petang tu kitorang tutup kedai awal sikit sebab nak baca doa akhir dan awal tahun.Tapi hampeh,dah tutup awal pun baca doa akhir tahun dalam van jer.....itu pun kira sempat tau dengar kat radio ikim dot fm.pilihan utama anda...Cadangnya nak sambut kat surau Ulul Albab.Tapi kitorang dahlah pakai t-shirt,dengan tak bawak telekungnya.So,hanya abi jer yang gi surau.
Kitorang ngan umi tersayang solat jemaah kat ruang tamu sebab nak doa awal tahun ikut tv jer.hehehe...Tapi sempat ikut yang bahasa melayu punya jer...(milah ngan umi jer)Diyana lama sangat amik wudhu'(nak khusyuk la katakan)Lepas tu kitorang baca Yaasiin sama-sama(ikut tv jugak).Usai baca Yaasiin,semua siapkan diri nak pergi kenduri doa selamat kat Pulai Jaya.Hehe..semua orang pakai jubah.Umi pakai jubah(kaler hitam)yang k.teh bagi,Diyana pakai jubah(kaler hitam)yang baru beli kat depan GM(greentown mall),Milah cadangnya nak pakai jugak jubah(kaler hitam jugak)yang baru beli kat dalam GM.Tapi segan.Yela takkan la anak-beranak nak pakai semua hitam.macam nak pergi berkabung jer.So,Milah pun mengalah lah pakai jubah pink-purple.Dah kenyang,kitorang pun balik lah.
AHA!Nilah saat yang mendebarkan tu...Hish,seram ke lawak ke sedih ke....lu pikir la sendiri.Sedang abi memandu dengan khusyuk sambil bersembang ngan umi,(macammana khusyuk tu???)tiba-tiba,
PIN PIN!!!PIN PIN!!!!PIN PIN!!!!
ALAMAK!!Kereta polis la..Angin takde,ribut takde,taufan,lagi takde tiba-tiba jer tahan orang.Umi kata nilah first time kita kena tahan dengan polis waktu tengah memandu.Abi pun berhentikanlah van kesayangannya.Umi pulak kelam kabut pasang tali pinggang ..Kitorang kat belakang ni dah panas punggung."ish,kenapa pulak ni?Ya Allah!selamatkanlah kami".Abi lagilah cuak tapi abi cover-coverlah.Muka abi macam orang yang bersalah jer.Milah pulak fikir'Ok,relaks.kita kan tak bersalah' .
Maka keluarlah seorang polis muda(hencem lah jugak) dan dia tanya abi macam-macam,"dari mana ni encik?"Pastu kitorang jawablah yang kitorang baru balik kenduri dekat-dekat sini jer.Pastu dia pun tengoklah kandungan van abi,kot-kot ada bawak dadah ke,simpan orang bangla ke,apa ke...Pastu dia tanya abi bawak lesen tak.Dan waktu tu baru Milah faham kenapa abi cuak sangat.Rupa-rupanya abi tak bawak lesen.Pastu umi puas mengcover abi balik"Ala encik polis,kami pergi kenduri dekat-dekat sini jer.tadi pun kelam kabut sampai tak sempat nak fikir apa.Ala boleh la cik."Arghh!macammana ni.Milah ngan Diyana dah cuak giler tapi tenang lah sikit sebab abang polis tu hencem la jugak..
Sedang abi berbincang dengan abang polis tu,tiba-tiba ada pulak orang call.Milah pun angkat la sebab Milah yang pegang.Orang tu mintak nak cakap dengan abi,tapi takkan Milah nak bagi sebab abi tengah bincang dengan polis.(polis tu!!)Milah pun tak tahu nak cakap camne.Yela takkan nak cakap yang abi tengah bincang ngan polis.Ishh,malulah.Pastu Milah pun cakap lah yang nanti abi call balik.Memandangkan kes abi ditahap serius,polis tu pun bawaklah abi gi jumpa bos dia kat dalam kereta.Muka abi pun redha je..Yela,dah terang lagi bersuluh kesalahannya.
Tiba-tiba terdengar orang gelak-gelak kat belakang.Aduh,apasal lak ni.Arghh!! Rupa-rupanya yang tahan tu kawan abi!Kitorang kat dalam van gelak giler habis sampai van bergoyang-goyang.Pastu polis-polis tu pun mintak maaf balik.Umi pun cakap kat kawan abi tu,"ooo...ni rancangan wakenabeb la ni yea.."Aduh,memang dalam perjalanan balik tu kitorang gelak jer...
AHA!!Itulah kenangan pada malam 1Muharam kitorang.Kepada kakak-kakak kitorang yang jauh di mata,kami sekeluarga rindu sangat kat korang.Yang umi pulak kata yang umi akan masak makanan yang sedap-sedap bila semua balik je.Aduh,kempunan lah kitorang nak makan nasi ayam!Hmm,bila lagi yea kita semua boleh kumpul semula ramai-ramai???erm,sape nak jawab???
Oklah,mungkin setakat ini sahaja yang boleh dicoretkan kali ni...Entah bila lagi nak update kan.OKlah,doakan untuk result PMR Milah yerk.
No comments:
Post a Comment