Thursday, December 23, 2010

~Tawakkal jer la~

ARGHHH!!!!!

Hari nilah hari yang paling merisaukan bagi semua insan yang berumur 15 tahun.Tak tahulah nak katakan hari bahagia ke,hari sedih ke,sebab hari ni semua insan yang lahir pada tahun 1995 akan mengambil keputusan PMR.Actually,taklah semuakan sebab ada jer yang tak sekolah.Tak pown kena gantung.hehehe.Sapelah tu???
23 Disember 2010/khamis...

Hmm,sepatutnya Milah pergi Sarjana ambil keputusan.Tapi disebabkan Milah duduk kat Ipoh,terpaksalah batalkan niat suci lagi murni tu.Abi ngan Umi kata tepon jer..Sebenarnya Milah memang tak nak pergi sekolah pown.Eii,malulah nak jumpa kawan-kawan.Yela,tak tahu keputusan teruk ke tak.Tapi sebenarnya riiiindu saaaangat kat kawan-kawan.Bila ada kawan teponkan,memang rasa berbunga jer hati ni.Macam-macam jenis bunga ada,bunga mawar,bunga kertas,bunga tahi ayam pun kembang jugak pada musim hujan ni..Hai,dah melalut dah ni.HA!Untuk pengetahuan Kinah yang berada di utara tu,bunga mawar kat taman terlarang dah berbunga megah dah.Tunggu nak tangkap gambar ngan kamu jer lagi.hehehe..

Back to the story,sebenarnyakan,Milah dimaklumkan bahawa keputusan keluar pada 27hb.Pastu,sedang Milah tengah jaga kedai,tiba-tiba cikgu tuisyen Milah,Cikgu Raja kata keluar 23hb.Huh,memang terkejut beruk la.Dahlah tahu dalam minggu tu jugak.Hmm,nasib-nasib..Tuptup,dah tiba harinya.Time jaga kedai,ramai makcik tanya,"dah tengok keputusan dah?dapat berapa A?".Milah just sengih macam kerang busuk jer,Umi yang tolong jawabkan.Yela,risau sangat.Dan dipendekkan cerita,rupa-rupanya,Abi dah tepon dah pejabat sekolah.Nak tahu pihak sekolah jawab apa,"Maaf ye encik,keputusan tak sampai kat pejabat lagi sebab pelajarnya tak habis lagi tengok keputusan kat dewan.Maaf ye."Fuhhh.Nasib baik tak tahu lagi.Tapi bila tak tahu lagi,rasa risau sangat.Dan rasa terseksa sangat.Penantiankan satu penyeksaan.Pastu petang tu kawan tepon,Asiyah.Dia tanya keputusan Milah.Tapikan Milah tak dapat lagi.Pastu dia cakap lah budak-budak sktb punya keputusan.Nak tulis ke tak,takdelah sebab semuanya bagus-bagus.Seronok sangat tengok kawan-kawan berjaya.hehehe,beruntung tak Milah dapat kawan yang pandai-pandai.Harap-harap Milah pandai jugak.AMEEN...

Apapown,Abi nak tepon pejabat sekolah esok.Hmm,entahlah,perasaan berkecamuk sangat.Bunga pown dah tak kembang-kembang.Bukan tak nak kembang,takut nak kembang.Sekarang ni just tawakkal a`lallah la haula wala quwwata illa billah.

Okeylah,sampai disini sajalah buat kali ni.Lain kali ada masa Milah coret lagi.Hmm,dah lama tak tulis kata puitis.hehehe.Erm,lain kali jela.Otak blank.

No comments:

Post a Comment