Sunday, June 13, 2010

Sidah,takut!!

Apabila sebuah geng berkumpul,maka terciptalah pelbagai kenangan yang mungkin lawak kalau nak cerita kat cucu-cicit.Kih kih kih.Benda inilah yang menceriakan sesebuah keluarga yang bahagia.Alkisahnya bermula begini.....

Pada suatu malam yang lebat hujannya,kitorang dan K.Teh(satu geng) melayari internet.Waktu nilah kitorang dibantu oleh K.Teh untuk membina blog baru.Sampaikan dia pun jeles tengok blog kitorang.hehehe..Waktu nilah kitorang nak 'buli' K.Teh.Yela,K.Teh nak balik UTM lusa.Lepas ni mesti K.Teh rindu dengan tangan-tangan ketam yang membuatkan K.Teh pulang ke UTM dengan lebam sana,lebam sini.


Isk..isk..isk.Sambung balik..Sedang khusyuk memperbaharui blog,tiba-tiba terdengar satu bunyi yang boleh menakutkan seseorang yang sedang mandi.Eh,taklah...Kitorang yang takut..Sampaikan kitorang peluk K.Teh kuat-kuat.Bunyinya macam ni...

'woooooosssshhhh!!!!!!!!'

Bunyinya memang menyeramkan.Dahlah kitorang baru pindah.Jadi macam-macam menyerbu masuk fikiran kitorang.Apabila terdengar lagi bunyi tu, semua menjerit ketakutan 'aaaarrrrrrggghhhh!!!!! (oh.macam tu ye jeritan orang yang ketakutan).

dan secara automatiknya Adik ambil bantal yang berdekatan dengannya lalu terus menggunakannya sebagai penutup telinga dan terus peluk K.Teh kuat-kuat.K.Teh yang sudah masak dengan kerenah adiknya itupun 'layan' sajelah.Setelah reda hujan,abi pun masuk.Abi tanya K.Teh itu dan ini(soal bisnes,mana boleh masuk campur).pastu kitorang tanya kat abi,"Abi,abi dengar tak bunyi apa-apa tadi?"Abi kata abi dengar.Bila abi tahu Adik takut bunyi tu,abi pun buat demo.Aduhh,semua sakit perut tengok abi buat demo.Adik apalagi tutup kuat-kuat telinganya.Haii..inilah adik.Dah Form 1 dah.Perangai macam budak darjah satu.Tapi kerenah dialah yang menyebabkan terciptanya memori pahit manis.

Apa-apapun,waktu cuti nilah masanya untuk kita cari kenangan walaupun manis semanis sebalang madu ,walaupun pahit sepahit peria.
*Pernah ada rasa rindu,
Antara kita kini terubat kembali.
kukenangkan kisah silam memori indah bersama.
Apakah saat itu mungkin berulang..
Kuharap saat itu akan berulang....*

No comments:

Post a Comment