Thursday, September 1, 2011

Di HaRi RaYa....

Waduh2..
Sudah lama ya aku enggak mencoretkn apa2 di blog ini...
gawat ini...

Hmm,kesian kt blog ni... x de sape nk update...
Yela,,sume sibuk la katakn...(bela la sibuk..mkn tido mkn tido...& seterusnya)

Sempena hari raya ni, baru la ada semgt nk tulih kt blog..hehe..
hm,, nk tulih apa yerk??

.........................................................................................

Tahun ni, raya kat umah jer... tak gi johor pown..
Mesti x best kn???
Ha! sape kate x best.....
Best ape..
Beraya dgn warga baru....
baru daftar masuk keluarga en. jasni 24/5/2011...
Hmm,sape yerk???



Ha!!!
Ni la die...
Comey x??
Nama die Nur Fathiyyah bt Ahmad Taufiq...
Tahun ni 1st time die beraya kt Perak....
So,sume teruja nk dukung die...

(Ni kt kedai...tgh curi tulg time sume sibuk jage kedai)

hehe..
Senyum sokmo nmpk...
Yela... teruja la katakn...
1st time dpt pegg Fathiyyah stlh beberapa buln dia dilahirkn..

Waktu ni..
sume org nk jd cameraman....
tgkp sana...
tgkp sini....
Sila lah tgk hasil tangkapan kami....hehehe..





amacam..
Comey x...

Walaupun dia masih agi kecil 5 kali ganda drpd aku, tapi duit raya dia same ngn aku!!!!

Tapi xpe.. dia masih perlukannye...(sodapkn aty jer..)

Waktu nk lapkn air liur die,die mcm x suka jer....
So berlakulah hiwar nii...

Mak Uda: Laa,Fathiyyah x suka lap air liur ke???
Mak Lang: Nape x suka??? Kain ni kotor ye.. nk mama belikan baru ye...
Mak Uda: Ha.. x pe nnti suruh mama belikan yg baru ye...Duit raye Fathiyyah kan myk....
So, kak Maria,jgn lupe belikn yg baru utk Fathiyyah...
hehehe...

Kalau nk gi beraya, mesti dia meragam.... nk menangis la, nk susu la, mcm2...
tapi,bila kt umh ok jer... tapi ade la menangis gak...
Pernah skali dia menangis punya semgt sampai merah muka dia...hehe..
sume sbb kitorg 'ter'ganggu tidur dia....
Sume pakat pujuk dia..tapi dia nk mama dia gak... x pe Fathiyyah. xpe...

apa2pun,semoga Fathiyyah mmbsr dgn kuat dan sihat....Yeyehh...
Semoga Fathiyyah mmbsr mnjd org yg berguna di masa hadapan...

Sampai di sini saja coretan buat kali ni....
Ntah bila lagi nk mencoret kat sini....
bukan apa, bila bukak je, idea kering kontang...
mcm kt padang pasir...

Sempena hari raya yg mulia ni..
saya,HAYATUN SYAMILAH ingin menyusun 10 jari memohon ampun maaf andai ada terkasar bahasa,mengguris mana2 jiwa spnjg saya hidup di muka bumi ni...

Akhirul kalam, aku titipkan satu mende utk direnung2kan...

Andai engkau terjun ke neraka,
Aku akan terjun sama,
Untuk menarik kau,
Berjalan beriringan denganku,
Menuju ke syurga.....
-cilok dari sinergi-

p/s: belilah buku SINERGI....betoi2 mendidik jiwa..

Wednesday, February 2, 2011

~Jalan jalan luar Perak~

ASSALAMUALAIKUM!!!

hehe...bukan slalu dapat bukak blog. Susah giler. Hehehe. So, bile dapat bukak, rasa bersyukur giler-giler ar. Yela, bila nak bukak jer, mesti ada problem. Tau tak kitorang kat mana waktu ni??? Kitorang kat JOHOR!!!! Jauh tak... Hehehe, yela sambut raya cina, Gong xi fa cai!!!


Sebenarnya ada sepupu nak kawin. Tu yang balik tu. Abg ilyas, anak mak ngah. Bila balik kampung, semua teruja. Yela, bukan selalu. Jauh kot. Balik kali ni lain sikit. Nak tau apa sebabnya, kita berehat seketika bersama kitkat... CHEWAAH...

Camni..kak maria kan dah kawin, so kereta pun tambah lagi satu.abg taufik bawa. Pastu kak laila tak ikut balik sama. isk3.... Ini adalah kerana dia nak study hard utk sem akhir dia kat matrix 2. Bulan empat nanti dia habis lor. Nasib baik kak teh ikut.kalau x,sape nak tolong packing barang bawa balik kampung.hehe..Dalam perjalanan ke rumah kak maria,abi bagi macam2 teka teki. Fuhh, x larat nak fikir. macam nak jawab soalan pmr jer. Tapi, abi sponser (camni yea ejanya, tak tau ar..hehe) duit kot. Tu nak jawab habis-habisan tu.

soalan 1:nyatakan nama tempat kat malaysia yang kalau sebut guna 2 huruf jawi.mcm 'ba' ke,'wau' ke,

soalan 2:tempat apa yang licin.

soalan 3:negeri mana yang penduduknya selalu susah hati?

Actually, banyak lagi soalan tapi tak larat nak tulis. Nak tahu tak jawapan nya, Jeng jeng jeng..

jawapan 1: 'ta''wau'. waktu ni semua mcm blur lagi sebab tak faham soalan. tapi bila dah faham, macam2 bunyi kecewa dan tak puas hati kedengaran.

jawapan 2:Lumut, perak. waktu ni along jawab parit.. hehehe. Takpe along, cuba lagi.

jawapan 3:negeri johor, sebab try tengok nama daerah2 nya. tongkang pecah, minyak beku dan macam2 lagi. Waktu ni tak terfikir sebab tak tahu pun kat johor ada nama daerah camtu.

Waduh2..memang tak larat.kak teh sorang jer dapat habuan rm 10 dari abi sebab dapat jawab satu teka-teki. Hm, kaya-kaya.

Malam jumaat tu kitorang tidur kat rumah kak maria. pastu esok paginya terus bertolak. Cadangnya nak singgah Melaka jap. Yela, saja jer.x pernah melancong lagi kat situ. Kitorang keluar ikut tol simpang empat. Pastu singgah untuk solat jumaat jap. Pastu nak gi Ayer Keroh saja jalan2. Kak maria teringin nak ke melaka. Sampai jer, terus nak cari port nak lunch. Aktiviti mencari port lunch ni yang menyebabkan kami semua anti melaka. nak tahu tak, lebih sejam kitorang cari port nak lunch.

Almaklumla, cuti raya cina kan?? Dengan 'jem' nye. Dengan traffic light yang banyak dan lamanya. Huhuhu. Perut lapar. Kepala pening. Akhirnya makan kat taman sebelah zoo je. Huhuhu. Memang melantak ayam masak kicap puas2.
Usai jer lunch,terus pergi johor. Takde belok-belok. Dalam perjalanan nak sampai rumah atuk, ada satu kereta ni. Mula2,adik yang sedar yang pamandu dalam kereta tu pakai topi keledar.Pastu kitorang pelikla..Nggak waras ya?? Dari belakang memang sejibik macam alien yang duduk kat planet pluto. Pastu along pun potonglah kereta tu sebab kereta tu lembab sangat and actually nak tahu kenapa dia pakai topi keledar. Nak kata dia baru habis racing kereta,kereta macam bukan kereta lumba.. Rupa-rupanya,cermin depan kereta dia pecah..
Waduh2...Memang x kering gusi.

Nak dipendekkan cerita,sampai rumah atuk pukul 6.30 petang. Pastu lepas maghrib terus pergi rumah mak ngah. Tolong apa yang perlu ditolong. Pastu makan malam. Lepas makan,sembang dengan pak long.Pak long cerita macam2. Best3... Hehe

Esoknya iaitu hari ni,kenduri abg ilyas. Nak bersiap pergi rumah mak ngah nak tolong apa2 yang patut. Entah2 kena jadi flower girl. huhuhu... x mungkin. Now i'm 16 year old. So,dah terlalu tua untuk jadi flower girl. Tapi boleh jadi egg girl. Tahu tak egg girl tu apa??
Egg girl tu yang bagi telur atau gula2 kat tetamu yang hadir tu...

Apa2pun,esok hari ahad. Hari untuk pulang ke sekolah. Ish, nie yang tak syok ni. Dah la duduk kat rumah cuti kali ni sehari jer. Hari2 yang lain semua diluangkan di luar Perak.. Nampak macam best jer kan. Tapi sebenarnya hati tertambat kat rumah.. hehe.. Takpelah bila nak jalan2 lagi...

Okeylah,nak pergi kenduri dah ni.. selamat tinggal.........



Thursday, December 23, 2010

~Tawakkal jer la~

ARGHHH!!!!!

Hari nilah hari yang paling merisaukan bagi semua insan yang berumur 15 tahun.Tak tahulah nak katakan hari bahagia ke,hari sedih ke,sebab hari ni semua insan yang lahir pada tahun 1995 akan mengambil keputusan PMR.Actually,taklah semuakan sebab ada jer yang tak sekolah.Tak pown kena gantung.hehehe.Sapelah tu???
23 Disember 2010/khamis...

Hmm,sepatutnya Milah pergi Sarjana ambil keputusan.Tapi disebabkan Milah duduk kat Ipoh,terpaksalah batalkan niat suci lagi murni tu.Abi ngan Umi kata tepon jer..Sebenarnya Milah memang tak nak pergi sekolah pown.Eii,malulah nak jumpa kawan-kawan.Yela,tak tahu keputusan teruk ke tak.Tapi sebenarnya riiiindu saaaangat kat kawan-kawan.Bila ada kawan teponkan,memang rasa berbunga jer hati ni.Macam-macam jenis bunga ada,bunga mawar,bunga kertas,bunga tahi ayam pun kembang jugak pada musim hujan ni..Hai,dah melalut dah ni.HA!Untuk pengetahuan Kinah yang berada di utara tu,bunga mawar kat taman terlarang dah berbunga megah dah.Tunggu nak tangkap gambar ngan kamu jer lagi.hehehe..

Back to the story,sebenarnyakan,Milah dimaklumkan bahawa keputusan keluar pada 27hb.Pastu,sedang Milah tengah jaga kedai,tiba-tiba cikgu tuisyen Milah,Cikgu Raja kata keluar 23hb.Huh,memang terkejut beruk la.Dahlah tahu dalam minggu tu jugak.Hmm,nasib-nasib..Tuptup,dah tiba harinya.Time jaga kedai,ramai makcik tanya,"dah tengok keputusan dah?dapat berapa A?".Milah just sengih macam kerang busuk jer,Umi yang tolong jawabkan.Yela,risau sangat.Dan dipendekkan cerita,rupa-rupanya,Abi dah tepon dah pejabat sekolah.Nak tahu pihak sekolah jawab apa,"Maaf ye encik,keputusan tak sampai kat pejabat lagi sebab pelajarnya tak habis lagi tengok keputusan kat dewan.Maaf ye."Fuhhh.Nasib baik tak tahu lagi.Tapi bila tak tahu lagi,rasa risau sangat.Dan rasa terseksa sangat.Penantiankan satu penyeksaan.Pastu petang tu kawan tepon,Asiyah.Dia tanya keputusan Milah.Tapikan Milah tak dapat lagi.Pastu dia cakap lah budak-budak sktb punya keputusan.Nak tulis ke tak,takdelah sebab semuanya bagus-bagus.Seronok sangat tengok kawan-kawan berjaya.hehehe,beruntung tak Milah dapat kawan yang pandai-pandai.Harap-harap Milah pandai jugak.AMEEN...

Apapown,Abi nak tepon pejabat sekolah esok.Hmm,entahlah,perasaan berkecamuk sangat.Bunga pown dah tak kembang-kembang.Bukan tak nak kembang,takut nak kembang.Sekarang ni just tawakkal a`lallah la haula wala quwwata illa billah.

Okeylah,sampai disini sajalah buat kali ni.Lain kali ada masa Milah coret lagi.Hmm,dah lama tak tulis kata puitis.hehehe.Erm,lain kali jela.Otak blank.

Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru,semua baru

Selamat Tinggal tahun 2010.

Nampaknyer,kite smakin dewasa,smakin dimamah usia,smakin tua.

Oooopsss....

Baru 13 tahun,rileksss lar.

Anyway,x terlambat nak ucap

Salam Ma'al Hijrah 1432.

Tahun Baru,semua baru.
Alaaa,biasalah,hidup bebudak asrama nie kan nak kene beli itu,nak kene beli ini,macam-macam nak kene beli.
Biasalah,adik kan dapat Pengetua baru,semuanye nak diubah.
Nak tukar itu,tukar ini,pening dibuatnyer.
Nasib baiklah F1 taon depan jer yang kene tukar,kalo kitorang pown nak kene tukar,alamatnyer kene beli semua baru lar.
Cadar nak kene tukar, baju batik nak kene tukar.
Cadar dari kaler pink jadi kaler biru pulak.isk isk isk.
Duit Duit.............
Last Saturday,kitorang berempat pegilah shopping kat Ipoh.
Pegi Riamoda n Greentown Mall.
Beli jubah adik n milah,tudung umi n macam2 lagilah.
Actually,adik jer yang nak beli jubah(sebab cikgu yg suruh )pastu milah pown nak jugak.
Biasalah tue,nak sama-sama,macam twin,hik hik hik.

~Kenangan 1 muharam 1432H~

Salam 1 Muharam!Aduh,rindunyer nak tulis dalam blog ni.Dah lama sangat tak bukak walaupun dah lama cuti sekolah.Yela,semua laptop kat rumah dah kena kebas.Kalau ada pon,broadband takde..Hmm,takpelah,kitorang boleh pergi cyber cafe hari hari.hehehe..

Sekarang milah n diyana dah jadi orang busy...Yela,pagi-pagi dah pergi kedai tolong abi ngan umi jaga kedai sampai maghrib...Penat.Tapi bila dah tahun baru,azam pun baru! Yea!Selamat tahun baru kepada semua umat islam di muka bumi ini.Kepada kakak kakak yang berada di utara(kedah),selatan(johor) dan bahagian barat(selangor)salam ma`al hijrah.Juga kepada rakan seperjuangan di SARJANA,salam rindu dilayangkan.

Setiap orang mesti ada kenangan pada hari-hari tertentu.AHA!Nak dengar cerita tak?Cerita ni boleh masuk tv tau dalam rancangan tv3 tu.Alkisahnye bermula begini.......
(ni semalam punya kejadian)Petang tu kitorang tutup kedai awal sikit sebab nak baca doa akhir dan awal tahun.Tapi hampeh,dah tutup awal pun baca doa akhir tahun dalam van jer.....itu pun kira sempat tau dengar kat radio ikim dot fm.pilihan utama anda...Cadangnya nak sambut kat surau Ulul Albab.Tapi kitorang dahlah pakai t-shirt,dengan tak bawak telekungnya.So,hanya abi jer yang gi surau.
Kitorang ngan umi tersayang solat jemaah kat ruang tamu sebab nak doa awal tahun ikut tv jer.hehehe...Tapi sempat ikut yang bahasa melayu punya jer...(milah ngan umi jer)Diyana lama sangat amik wudhu'(nak khusyuk la katakan)Lepas tu kitorang baca Yaasiin sama-sama(ikut tv jugak).Usai baca Yaasiin,semua siapkan diri nak pergi kenduri doa selamat kat Pulai Jaya.Hehe..semua orang pakai jubah.Umi pakai jubah(kaler hitam)yang k.teh bagi,Diyana pakai jubah(kaler hitam)yang baru beli kat depan GM(greentown mall),Milah cadangnya nak pakai jugak jubah(kaler hitam jugak)yang baru beli kat dalam GM.Tapi segan.Yela takkan la anak-beranak nak pakai semua hitam.macam nak pergi berkabung jer.So,Milah pun mengalah lah pakai jubah pink-purple.Dah kenyang,kitorang pun balik lah.

AHA!Nilah saat yang mendebarkan tu...Hish,seram ke lawak ke sedih ke....lu pikir la sendiri.Sedang abi memandu dengan khusyuk sambil bersembang ngan umi,(macammana khusyuk tu???)tiba-tiba,
PIN PIN!!!PIN PIN!!!!PIN PIN!!!!

ALAMAK!!Kereta polis la..Angin takde,ribut takde,taufan,lagi takde tiba-tiba jer tahan orang.Umi kata nilah first time kita kena tahan dengan polis waktu tengah memandu.Abi pun berhentikanlah van kesayangannya.Umi pulak kelam kabut pasang tali pinggang ..Kitorang kat belakang ni dah panas punggung."ish,kenapa pulak ni?Ya Allah!selamatkanlah kami".Abi lagilah cuak tapi abi cover-coverlah.Muka abi macam orang yang bersalah jer.Milah pulak fikir'Ok,relaks.kita kan tak bersalah' .
Maka keluarlah seorang polis muda(hencem lah jugak) dan dia tanya abi macam-macam,"dari mana ni encik?"Pastu kitorang jawablah yang kitorang baru balik kenduri dekat-dekat sini jer.Pastu dia pun tengoklah kandungan van abi,kot-kot ada bawak dadah ke,simpan orang bangla ke,apa ke...Pastu dia tanya abi bawak lesen tak.Dan waktu tu baru Milah faham kenapa abi cuak sangat.Rupa-rupanya abi tak bawak lesen.Pastu umi puas mengcover abi balik"Ala encik polis,kami pergi kenduri dekat-dekat sini jer.tadi pun kelam kabut sampai tak sempat nak fikir apa.Ala boleh la cik."Arghh!macammana ni.Milah ngan Diyana dah cuak giler tapi tenang lah sikit sebab abang polis tu hencem la jugak..
Sedang abi berbincang dengan abang polis tu,tiba-tiba ada pulak orang call.Milah pun angkat la sebab Milah yang pegang.Orang tu mintak nak cakap dengan abi,tapi takkan Milah nak bagi sebab abi tengah bincang dengan polis.(polis tu!!)Milah pun tak tahu nak cakap camne.Yela takkan nak cakap yang abi tengah bincang ngan polis.Ishh,malulah.Pastu Milah pun cakap lah yang nanti abi call balik.Memandangkan kes abi ditahap serius,polis tu pun bawaklah abi gi jumpa bos dia kat dalam kereta.Muka abi pun redha je..Yela,dah terang lagi bersuluh kesalahannya.

Tiba-tiba terdengar orang gelak-gelak kat belakang.Aduh,apasal lak ni.Arghh!! Rupa-rupanya yang tahan tu kawan abi!Kitorang kat dalam van gelak giler habis sampai van bergoyang-goyang.Pastu polis-polis tu pun mintak maaf balik.Umi pun cakap kat kawan abi tu,"ooo...ni rancangan wakenabeb la ni yea.."Aduh,memang dalam perjalanan balik tu kitorang gelak jer...

AHA!!Itulah kenangan pada malam 1Muharam kitorang.Kepada kakak-kakak kitorang yang jauh di mata,kami sekeluarga rindu sangat kat korang.Yang umi pulak kata yang umi akan masak makanan yang sedap-sedap bila semua balik je.Aduh,kempunan lah kitorang nak makan nasi ayam!Hmm,bila lagi yea kita semua boleh kumpul semula ramai-ramai???erm,sape nak jawab???

Oklah,mungkin setakat ini sahaja yang boleh dicoretkan kali ni...Entah bila lagi nak update kan.OKlah,doakan untuk result PMR Milah yerk.

Friday, November 5, 2010

AMARAN sebelum memBELI buku NOTA

ingat lagi tak cerita kanak2 BLUE's CLUES?tak pernah tengok?takpe...baca dulu kisah ini..


ok,lelaki kurus berbaju belang hijau ni (x pernah tukar langsung) namanya Steve dan anjingnya Blue.sebab apa namanya blue?pikirlah sendiri...
then,Steve ada buku nota untuk dia tulis segala klu2 daripada blue..jadi,buku nota amat penting untuk kita kan?tapi sebenarnya kita jangan sesuka hati membeli buku nota yang cantik2 tanpa melihat dulu corak pada buku itu.lihat gambar2 ini dengan teliti...


tulisan di dalam buku nota ini:DARE TO BE DIFFERENT FOR JESUS..YA ALLAH,akan merosakkan IMAN.
Ini adalah sebahagian dari KITAB BIBLE..berHATI2..
buku nota ini di jual di MPH bookstore dan ternyata inilah buku nota paling murah yang di jual di situ dengan harga RM4.90.tidak pasti jika turut di jual di kedai2 buku biasa.
last but not least...berHATI2 dengan agenda kristian untuk menyebarkan ajaran mereka terutama dari peringkat umur kanak2..

~nurdiyana..and dibantu oleh miSSz Laila~

Thursday, September 16, 2010

Kenangan manis manis madu

Salam lebaran aidilitri!!!!

Sori kalau dah terlambat..hehe..Dah lama blog ni ditinggalkan sampai la bulan syawal menjelma...isk.isk.isk...Sebenarnya saya sekarang ni dah jadi orang yang paling busy... nak tahu kenapa???sebab 5 okt 2010(2 minggu lagi)saya akan berada di medan peperangan di dewan besar SARJANA.Tahun nie saya akan menghadapi PMR...Gaya memang takut tapi saya tak buat apa-apa pun.hehehe...Bukan takde kesedaran tapi entahlah.tanyalah candicates PMR yang lain..

Sempena raya nie,tolonglah doakan untuk kami,pelajar ting.3 SARJANA untuk menghadapi perang kali nie..Buatlah yaasiin ke,tahlil ke,solat hajat ke.hehehe.Kalau boleh kitorang nak catat rekod tahun nie.Sekolah pun target 30 orang 9A PMR..Waduh2,camne ni..apa-apa pun,kitorang tawakkal je kat Allah.
Ni nak cite nie...Time puasa hari tu(kat sekolah),student form3 aspuri makan kat khemah sebab dewan makan tak muat.Wah seronok.Boleh jaga mata.Tak usha2 aspura.hehehe.Tak kurang pahala puasa..Tiba2,pada suatu petang asar,waktu pulang dari prep petang,angin menderu deru...KUAT sangat....Memang time tu pikir tudung terbang ke tak??Kebetulan pulak belakang kitorang ada pelajar aspura..Memang cuak..Dipendekkan cerita,alhamdulillah sampai jugak asrama.Tapi baju memang basah.Dorm pun banjir.Tiba2,terdengar satu bunyi yang merisaukan.Tengok2,khemah kitorang TERBANG!!! oh,we die!!!!

klik di sini untuk melihat video gambaran sebenar..RIBUT
Bukan tu je,bumbung dewan makan pun tercabut.Memang kitorang masuk dewan makan pakai kasut.Aspura pun pelik tengok kitorang pakai kasut. Student Form3 pun berfikir di atas thinking chair.(takdelah)."Nak makan kat mane ni?" Akhirnya kitorang dapat kebenaran drpd ustaz shuah(ketua warden)makan dalam dorm.So bagi siapa yang ada konflik ngan kitorang pun jeles.Yela sape tak nak makan dalam dorm.

Memang waktu reda hujan,form3 aspura pergi buat liputan di tempat kejadian.Wah siap ada wartawan yang tak dibayar gaji.Entah masuk tv entah tidak.Takpelah,inilah salah satu kenangan(tak tahu pahit ke manis) kitorang semasa mengaji di SARJANA tercinta. For the last sebelum saya berjuang di medan perang,saya nukilkan sesuatu kas buat teman2 seperjuangan di SARJANA.Thanks a lot cause all of you give alot of memories in my life.I hope you all know that persahabatan kita takkan berakhir selagi darah yang mengalir dalam tubuh kita berwarna merah...

Kenangan hanya boleh diingat,
tetapi tidak boleh disentuh atau dibawa datang kembali,
Hidup dalam kenangan tidak ubah seperti hidup dalam mimpi dan bayang bayang,
apabila cuba disentuh dan kenangan itu hilang dibawa oleh waktu.
Hidup bersandarkan kenangan semata mata seperti buih-buih pada hujung ombak.Putih,cantik dan pada sekelip mata hilang ditelan ombak yang timpa menimpa.