Wednesday, February 2, 2011

~Jalan jalan luar Perak~

ASSALAMUALAIKUM!!!

hehe...bukan slalu dapat bukak blog. Susah giler. Hehehe. So, bile dapat bukak, rasa bersyukur giler-giler ar. Yela, bila nak bukak jer, mesti ada problem. Tau tak kitorang kat mana waktu ni??? Kitorang kat JOHOR!!!! Jauh tak... Hehehe, yela sambut raya cina, Gong xi fa cai!!!


Sebenarnya ada sepupu nak kawin. Tu yang balik tu. Abg ilyas, anak mak ngah. Bila balik kampung, semua teruja. Yela, bukan selalu. Jauh kot. Balik kali ni lain sikit. Nak tau apa sebabnya, kita berehat seketika bersama kitkat... CHEWAAH...

Camni..kak maria kan dah kawin, so kereta pun tambah lagi satu.abg taufik bawa. Pastu kak laila tak ikut balik sama. isk3.... Ini adalah kerana dia nak study hard utk sem akhir dia kat matrix 2. Bulan empat nanti dia habis lor. Nasib baik kak teh ikut.kalau x,sape nak tolong packing barang bawa balik kampung.hehe..Dalam perjalanan ke rumah kak maria,abi bagi macam2 teka teki. Fuhh, x larat nak fikir. macam nak jawab soalan pmr jer. Tapi, abi sponser (camni yea ejanya, tak tau ar..hehe) duit kot. Tu nak jawab habis-habisan tu.

soalan 1:nyatakan nama tempat kat malaysia yang kalau sebut guna 2 huruf jawi.mcm 'ba' ke,'wau' ke,

soalan 2:tempat apa yang licin.

soalan 3:negeri mana yang penduduknya selalu susah hati?

Actually, banyak lagi soalan tapi tak larat nak tulis. Nak tahu tak jawapan nya, Jeng jeng jeng..

jawapan 1: 'ta''wau'. waktu ni semua mcm blur lagi sebab tak faham soalan. tapi bila dah faham, macam2 bunyi kecewa dan tak puas hati kedengaran.

jawapan 2:Lumut, perak. waktu ni along jawab parit.. hehehe. Takpe along, cuba lagi.

jawapan 3:negeri johor, sebab try tengok nama daerah2 nya. tongkang pecah, minyak beku dan macam2 lagi. Waktu ni tak terfikir sebab tak tahu pun kat johor ada nama daerah camtu.

Waduh2..memang tak larat.kak teh sorang jer dapat habuan rm 10 dari abi sebab dapat jawab satu teka-teki. Hm, kaya-kaya.

Malam jumaat tu kitorang tidur kat rumah kak maria. pastu esok paginya terus bertolak. Cadangnya nak singgah Melaka jap. Yela, saja jer.x pernah melancong lagi kat situ. Kitorang keluar ikut tol simpang empat. Pastu singgah untuk solat jumaat jap. Pastu nak gi Ayer Keroh saja jalan2. Kak maria teringin nak ke melaka. Sampai jer, terus nak cari port nak lunch. Aktiviti mencari port lunch ni yang menyebabkan kami semua anti melaka. nak tahu tak, lebih sejam kitorang cari port nak lunch.

Almaklumla, cuti raya cina kan?? Dengan 'jem' nye. Dengan traffic light yang banyak dan lamanya. Huhuhu. Perut lapar. Kepala pening. Akhirnya makan kat taman sebelah zoo je. Huhuhu. Memang melantak ayam masak kicap puas2.
Usai jer lunch,terus pergi johor. Takde belok-belok. Dalam perjalanan nak sampai rumah atuk, ada satu kereta ni. Mula2,adik yang sedar yang pamandu dalam kereta tu pakai topi keledar.Pastu kitorang pelikla..Nggak waras ya?? Dari belakang memang sejibik macam alien yang duduk kat planet pluto. Pastu along pun potonglah kereta tu sebab kereta tu lembab sangat and actually nak tahu kenapa dia pakai topi keledar. Nak kata dia baru habis racing kereta,kereta macam bukan kereta lumba.. Rupa-rupanya,cermin depan kereta dia pecah..
Waduh2...Memang x kering gusi.

Nak dipendekkan cerita,sampai rumah atuk pukul 6.30 petang. Pastu lepas maghrib terus pergi rumah mak ngah. Tolong apa yang perlu ditolong. Pastu makan malam. Lepas makan,sembang dengan pak long.Pak long cerita macam2. Best3... Hehe

Esoknya iaitu hari ni,kenduri abg ilyas. Nak bersiap pergi rumah mak ngah nak tolong apa2 yang patut. Entah2 kena jadi flower girl. huhuhu... x mungkin. Now i'm 16 year old. So,dah terlalu tua untuk jadi flower girl. Tapi boleh jadi egg girl. Tahu tak egg girl tu apa??
Egg girl tu yang bagi telur atau gula2 kat tetamu yang hadir tu...

Apa2pun,esok hari ahad. Hari untuk pulang ke sekolah. Ish, nie yang tak syok ni. Dah la duduk kat rumah cuti kali ni sehari jer. Hari2 yang lain semua diluangkan di luar Perak.. Nampak macam best jer kan. Tapi sebenarnya hati tertambat kat rumah.. hehe.. Takpelah bila nak jalan2 lagi...

Okeylah,nak pergi kenduri dah ni.. selamat tinggal.........