Thursday, September 16, 2010

Kenangan manis manis madu

Salam lebaran aidilitri!!!!

Sori kalau dah terlambat..hehe..Dah lama blog ni ditinggalkan sampai la bulan syawal menjelma...isk.isk.isk...Sebenarnya saya sekarang ni dah jadi orang yang paling busy... nak tahu kenapa???sebab 5 okt 2010(2 minggu lagi)saya akan berada di medan peperangan di dewan besar SARJANA.Tahun nie saya akan menghadapi PMR...Gaya memang takut tapi saya tak buat apa-apa pun.hehehe...Bukan takde kesedaran tapi entahlah.tanyalah candicates PMR yang lain..

Sempena raya nie,tolonglah doakan untuk kami,pelajar ting.3 SARJANA untuk menghadapi perang kali nie..Buatlah yaasiin ke,tahlil ke,solat hajat ke.hehehe.Kalau boleh kitorang nak catat rekod tahun nie.Sekolah pun target 30 orang 9A PMR..Waduh2,camne ni..apa-apa pun,kitorang tawakkal je kat Allah.
Ni nak cite nie...Time puasa hari tu(kat sekolah),student form3 aspuri makan kat khemah sebab dewan makan tak muat.Wah seronok.Boleh jaga mata.Tak usha2 aspura.hehehe.Tak kurang pahala puasa..Tiba2,pada suatu petang asar,waktu pulang dari prep petang,angin menderu deru...KUAT sangat....Memang time tu pikir tudung terbang ke tak??Kebetulan pulak belakang kitorang ada pelajar aspura..Memang cuak..Dipendekkan cerita,alhamdulillah sampai jugak asrama.Tapi baju memang basah.Dorm pun banjir.Tiba2,terdengar satu bunyi yang merisaukan.Tengok2,khemah kitorang TERBANG!!! oh,we die!!!!

klik di sini untuk melihat video gambaran sebenar..RIBUT
Bukan tu je,bumbung dewan makan pun tercabut.Memang kitorang masuk dewan makan pakai kasut.Aspura pun pelik tengok kitorang pakai kasut. Student Form3 pun berfikir di atas thinking chair.(takdelah)."Nak makan kat mane ni?" Akhirnya kitorang dapat kebenaran drpd ustaz shuah(ketua warden)makan dalam dorm.So bagi siapa yang ada konflik ngan kitorang pun jeles.Yela sape tak nak makan dalam dorm.

Memang waktu reda hujan,form3 aspura pergi buat liputan di tempat kejadian.Wah siap ada wartawan yang tak dibayar gaji.Entah masuk tv entah tidak.Takpelah,inilah salah satu kenangan(tak tahu pahit ke manis) kitorang semasa mengaji di SARJANA tercinta. For the last sebelum saya berjuang di medan perang,saya nukilkan sesuatu kas buat teman2 seperjuangan di SARJANA.Thanks a lot cause all of you give alot of memories in my life.I hope you all know that persahabatan kita takkan berakhir selagi darah yang mengalir dalam tubuh kita berwarna merah...

Kenangan hanya boleh diingat,
tetapi tidak boleh disentuh atau dibawa datang kembali,
Hidup dalam kenangan tidak ubah seperti hidup dalam mimpi dan bayang bayang,
apabila cuba disentuh dan kenangan itu hilang dibawa oleh waktu.
Hidup bersandarkan kenangan semata mata seperti buih-buih pada hujung ombak.Putih,cantik dan pada sekelip mata hilang ditelan ombak yang timpa menimpa.

Kisah ais krim di hari lebaran(hanya rekaan semata-mata)

Berlalulah sudah Ramadan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan,
Semuanya pulang ke desa,
Ibu dan Ayah keriangan,
Bersyukur tak terhingga.


SALAM LEBARAN and SELAMAT HARI RAYA AIDILITRI
maaf zahir dan batin


kling...kling...kling...aiskrim aiskrim.Meh la beli.RM1.oo dapat 2.
Sedang Kak.Teh melayari internet,seorang anak kecil berlari kepada Kak.Teh seraya berkata,
"Kak.Teh!Kak.Teh! adik nak ais krim,adik nak ais krim.Please.... please.... bolehla adik nak ais krim adik nak ais krim."Ish sebok jer budak nie,ajaklah Kak.Lang,akak sibuk lar."Alaaaaaaa, :-(
sekejap jer,bolehla,nanti abang ais krim tue pegi."nah,amik nie pegi beli ais krim.Jangan ganggu akak,akak sibuk.


"abang..... abang.......abang Amin,adik nak beli ais krim dua."Dua?lagi satu untuk sape?Tanya penjual ais krim itu.Alaaa,untuk sape lagi kalau bukan untuk Kak.Teh.

2 minit kemudian............

Nah amik nie."Time kaseh abang".Kirim salam kat Kak.Teh tau.

Bersambung..............